Monday, April 5, 2010

Cara Basuh CD

Cloth Diapers atau Lampin Moden ni perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Tujuannya selain dari membuang kotoran dari kilang, juga bagi memastikan daya serapan lebih baik. Sebaik2nya dilakukan 2-3 kali bagi memastikan daya serapan yang lebih baik. Jadi mari kita lihat bagaimana caranya untuk membasuh CD Shinies ini:

Bahan-bahan yang diperlukan
1. Cloth Diaper (wajib)
2. Insert (wajib)

3. Sabun basuh tanpa peluntur, pewangi (wajib)
(boleh juga gunakan sabun khas utk pakaian bayi macam jenama pureen atau di kedai anakku)
4. Washing Net (optional/sunat)
5. Pewangi pakaian (harammm)
6. Peluntur pakaian (harammm)

Pertama Kali Guna
1. Keluarkan 'insert' dari dalam
2. Basuh kedua-dua 'insert' dan 'pocket' dengan air bersih atau sedikit sabun basuh
3. Jemur sehingga kering
4. Ulang langkah 2, tanpa sabun.
5. Jemur sehingga kering (2x basuhan)
6. Ulang langkah 2, tanpa sabun.
7. Jemur sehingga kering (3x basuhan)
8. Masukkan insert ke dalam pocket diaper, dan boleh mula gunakan...


Penggunaan Harian
1. Kalau rajin:
a. setiap kali lepas guna boleh bilas di bawah air untuk menghilangkan najis.
b. perah lebihan air, dan letakkan ke dalam baldi
c. basuh di penghujung hari.

2. Kalau teramat kurang rajin
a. semburkan dengan campuran air + dettol ke atas CD (optional, tak pernah buat tapi kalau anda jenis yang memang amat2 prihatin dengan penyebaran bakteria bolehlah ikut cara ini)
b. lipat CD menjadi sekecil ini (bagi mengurangkan bau bertebaran)

c. letak ke dalam baldi
d. basuh bila senang.

Soalan 1: Ehh... tak susah ke nak basuh nanti?
Jawapan 1: Ehh..takdelah.. senang aje, kotoran memang tertanggal.

Soalan 2: Uiks.. biar betul. Bukan nanti CD tu akan berubah warna jadi kotor ke bila simpan lama2? boleh hilang ke?
Jawapan 2: Uiks.. setakat ni lepas basuh warna dia kembali je ke asal..

3. Kalau terlebih rajin
a. basuh setiap kali lepas guna (ahhaha ku tabik spring pada orang yang komited membuat cara ini kerana belum pernah dapat amalkan lagi)


Penggunaan (Basuhan) Seterusnya
Ada dua cara untuk membasuh CD ini..
1. Cara Biasa Diamalkan pengguna CD
2. Cara Orang Malas Membilas (macam saya ni) <-- tapi tak elok amal selalu sebab boleh mengurangkan jangka hayat CD.. tapi setakat hari ni dah beberapa kali buat ok aje.. hehe Saya mulakan dengan cara yang biasa dulu...
Oleh kerana kita menggunakan CD velcro (strap), maka adalah elok sekiranya kita melipat dahulu bahagian pelekat ke dalam supaya tidak melekat kepada kain lain, sekaligus membantu memanjangkan jangka hayatnya..

1. Keluarkan 'insert' dan pocket. Lipatkan bahagian velcro ke dalam.2. Sekiranya ada najis fizikal, buangkan dahulu najis tersebut dengan cara mencucur air yang kuat atau meletakkan di bawah arus air yang kuat sehingga tertanggal.
3. Bilas di bawah air bersih sehingga hilang bau
4. Menggunakan tangan, gosok-gosok dengan lembut permukaan CD. Tak perlu gunakan berus hatta berus sabut.
5. Masukkan kesemua CD ke dalam washing bag/net . Insert tak masuk pun takpe. Tapi kaedah ini optional, boleh membantu memanjangkan jangka hayat CD.
6. Isi sedikit sabun ke dalam mesin basuh (1/4 sukatan biasa).
(jika mesin basuh anda ada pilihan process delicate, sila pilih process ini utk memelihara CD anda)
7. Isikan air dan biarkan mesin menjalankan kerjanya.
8. Keluarkan dan jemur samada di bawah matahari, di bawah bumbung rumah, atau di bawah kipas.

p/s: selalunya outer/pocket akan kering di bawah kipas dalam masa 3-4 jam sahaja (atau kurang). insert mengambil masa lebih lama sedikit di bawah kipas dalam 6-7 jam.. kalau basuh malam selalunya pagi esok sudah kering dan boleh digunakan semula.. tapi kalau bawah matahari tak sampai setengah hari pun dah boleh guna...

So, cara seterusnya.. kurang masa membilas, kerana sudah di'outsource'kan kepada mesin basuh.. Cara Malas Membilas

1. Keluarkan 'insert' dan pocket. Lipatkan bahagian velcro ke dalam.
2. Sekiranya ada najis fizikal, buangkan dahulu najis tersebut dengan cara mencucur air yang kuat atau meletakkan di bawah arus air yang kuat sehingga tertanggal. Menggunakan tangan, gosok-gosok dengan lembut permukaan CD. Tak perlu gunakan berus hatta berus sabut.
3. Masukkan kesemua CD ke dalam washing bag/net . Insert tak masuk pun takpe. Tapi kaedah ini optional, boleh membantu memanjangkan jangka hayat CD.
4. Set mesin basuh anda supaya hanya gunakan Wash+Rinse atau Wash + Spin sahaja.
5. Biarkan mesin membilas (sambil anda membuat kerja lain)
6. Setelah selesai, isi sedikit sabun ke dalam mesin basuh (1/4 sukatan biasa).
(jika mesin basuh anda ada pilihan process 'Delicate' juga boleh membantu memanjangkan jangka hayat CD)
7. Isikan air dan biarkan mesin menjalankan kerjanya.
8. Keluarkan dan jemur samada di bawah matahari, di bawah bumbung rumah, atau di bawah kipas.

Tadaa... senangkan..